Monday, January 7, 2013

#2 Cream puff


sabtu lepas saya & adik buat cream puff. kali ni dengan bangganya saya turut menyumbang kepada terhasilnya cream puff tersebut! ;p

penjimatan ruang di dapur kecil kami
 
lepas buat cream puff, kami sepakat nak makan nasi. laparr. sebab 4 jam buat cream puff sampai tak dan nak jamah nasi. sedang saya menjamah nasi berlaukkan sambal sotong & sayur campur, prakkk!! *tak tau la betul ke dak bunyi nye, hehheee* gigi saya berbunyi. Ya Allah, sakitnya tak tergambar. terus berhenti makan. terdiam kejap depan nasi tu. ngilu + rasa nak nangis dah waktu tu. masuk bilik, letak minyak angin, lepas tu baring. sambil merenung bilik + menahan sakittt. mujur buat cream puff. dapat la isi perut sebab cream puff tu lembut. alhamdulillah :)   

nanti saya buat entri cara-cara nak masak cream puff ye. walaupun saya tau resepi bersepah di internet, saja nak bagi blog ni ter-update. :)

Thursday, January 3, 2013

#1 Cookies

Cookies untuk ditempah!

RM6 untuk 100g
RM28 untuk 500g

tempahan sekitar Bandar Baru Bangi, Kajang, Putrajaya, Serdang & Seri Kembangan

tempahan dibuat selepas pembayaran
caj penghantaran RM5 (bergantung pada jarak penghantaran)
*kalau dekat, free je ;)




sms : 
kaira (0173329890)
naida (0173235497)